Tuesday 31 January 2012

forever green punye celita ---> "sang arnab dengan kura-kura" (version aku)

Mase korang kecik-kecik dulu mesti korang penah dengar cerita pasal Sang Arnab Dengan Kura-kura kan..?? sumpah aku ske gile cite nih..smpai aku hafal. sanggop msok petandingan cerite sbb suke punye pasal kat cite nih.. agagaga ..ok..cerita die cm nie::
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur. ZzZzZz...
Sang Kura-kura secara perlahan dan lembab memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

(Biasanya korang dengar cerita ini akan berakhir disini kan?, tetapi kali nie cerita nie bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, agak mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab pun mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat tanpa menoleh ke belakang. Dan akhirnya dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang. 
hahaha... siape kate Arnab kalah dlm crite nie..?? crite yang korang dengar tu david teo yg buat, tu sebab la cerita die tergantung... hehehe..pasni aku hapdate lg cite2 len ye..hihi  thanx fer menjengah2 cite haku nih..hahaha.. till then   ^__^*

Lots of L.U.R.V.E
misz_proxey

No comments:

Post a Comment

Steelheart - She's Gone